Tamadun Mesopotamia @ Sumeria
Lokasi
Perkataan Mesopotamia bermaksud tanah di antara dua sungai. Terletak di antara Sg. Tigris dan Sg. Euphrates. Dikelilingi oleh pergunungan Zagros, dataran tinggi Arab dan Teluk Parsi
Kerangka Masa
- Berkembang antara 7000 - 5000 S.M
- Sekitar 3500 S.M berkembang menjadi pusat tamadun awal
- Terdapat banyak kerajaan. Kerajaan Sumeria terawal 3500 S.M
Kerajaan-kerajaan Tamadun Mesopotamia
Selepas kejatuhan kerajaan Chaldea, Parsi menguasai wilayah Mesopotamia hingga membawa keruntuhan kerajaan yang diasaskan oleh orang Mesopotomia
Proses Pembentukan
Dibahagikan kepada 2 bahagian:
- Bahagian Utara bandar Baghdad meliputi kawasan pertengahan Sg. Tigris hingga ke utara termasuk kawasan Sg. Zab (dikenali ASSYRIA)
- Bahagian selatan bandar Baghdad. dari Sg. Tigris dan Euphrates yang hampir bercantum (dikenali BABYLON). BABYLON terbahagi dua bahagian iaitu Akkad di Utara dan Sumeria di selatan
Pertumbuhan tamadun ini bermula di wilayah selatan, iaitu Sumer. Sumerian telah berhijrah ke wilayah ini dan membina petempatan serta menjalankan aktiviti pertanian seterusnya dapat menebus guna tanah. Kemudiannya secara evolusi berkembang kepada bandar dan negara kota seperti Kish, Nippur, Lagash, Uruk, Urus, Eridu, Assur & Mari
CIRI-CIRI TAMADUN MESOPOTAMIA
1. Negara Kota
- Terdapat kawasan utama iaitu pusat kota, tembok kota, luar kota & pelabuhan
- Mempunyai kubu pertahanan , pintu gerbang (lambang kekayaan)
- Di dalam kota - adanya istana, rumah kediaman, rumah ibadat, rumah kedai & pasar
- Rumah ibadat sbg pusat kota (tumpuan)
- Mempunyai unit politik & agama tersendiri
2. Organisasi Sosial
3. Sistem Pemerintahan
- Sistem pemerintahan beraja berbentuk teokrasi.
- Raja dianggap sebagai tuhan atau wakil tuhan dan juga sebagai pemilik negara kota.
- Walaupun raja dianggap sebagai tuhan tetapi masyarakat Mesopotamia tidak menyembahnya kecuali semasa pemerintahan Raja Naramsin (2291-2255 S.M.) di Akkad.
- Raja juga bertindak sebagai ketua pentadbir, ketua tentera, dan ketua pendeta yang berkuasa dalam hal keagamaan.
- Raja merupakan ketua agama dan berkuasa melantik ahli keluarga diraja memegang jawatan di zigurat.
- Raja berkuasa dalam soal tanah, cukai, hasil pertanian, dan perniagaan.
- Raja dibantu oleh pegawai yang terdiri daripada golongan bangsawan yang mempunyai ikatan dengan keluarga diraja
Ukiran Raja Naramsin yang digelar Raja Empat Penjuru Alam
Zigurat
.
4. Pengkhususan Pekerjaan
5. Sistem Tulisan
- Sistem tulisan Mesopotamia bermula dalam bentuk tulisan bergambar.
- Berkembang kepada tulisan berbentuk simbol dan ditulis pada tanah liat.
- Tulisan pada tanah liat berbentuk pepaku dan dikenali sebagai cuneiform
Tulisan cuneiform
.